Persediaan untuk sekolah rendah Cina - untuk penutur bukan Cina

Bagaimanakah seorang yang bukan penutur bahasa Cina bersedia untuk sekolah Cina?
Ia benar-benar bergantung kepada anak anda. Di sini kami bentangkan tiga senario utama dengan pelbagai kesudahannya.

1. Kanak-kanak tidak mempunyai pengetahuan Mandarin

Kesudahan 1a: Kanak-kanak mengahadapi kesusahan untuk seketika tetapi kemudian dapat mempelajari Mandarin tanpa banyak bantuan dan menjadi fasih. Dalam kes ini, kanak-kanak dapat menyerap dan belajar bahasa Cina dengan cepat melalui pelajaran di kelas dan pergaulan di sekolah.

Kesudahan 1b: Kanak-kanak tidak dapat mempelajari banyak bahasa Mandarin, dan akhirnya tidak mempunyai pengalaman yang baik di sekolah. Samada ibu bapa memberhentikan mereka dari sekolah Cina separuh jalan atau kanak-kanak akhirnya sengsara di sekolah. Saya telah melihat kanak-kanak lulus sekolah Cina namun tidak tahu sepatah perkataan pun atau enggan membaca atau bertutur dalam bahasa Mandarin.

2. Kanak-kanak mempunyai pengetahuan bahasa Mandarin tetapi tidak cukup baik untuk Darjah 1

Kesudahan 2a: Kanak-kanak akan bergelut untuk memahami apa yang diajar dan akan sukar untuk belajar. Mereka akan mula tidak suka akan subjek Mandarin dan prestasi boleh menjadi lebih teruk.

Kesudahan 2b: Kanak-kanak akan bergelut tetapi berjaya mencapai kemajuan samada dengan bantuan atau tanpa bantuan tambahan. Kanak-kanak mula berjaya dalam bahasa Mandarin.

3. Kanak-kanak cukup bersedia untuk Mandarin Darjah 1

Kesudahan 3: Kebanyakan kanak-kanak yang telah bersiap-sedia dari segi bahasa Mandarin sebelum Darjah 1 biasanya tidak akan mempunyai masalah untuk memahami apa yang dikatakan oleh guru serta boleh belajar dan bersaing di sekolah.

Kesimpulan yang kami senaraikan di sini adalah dari pengalaman kami sendiri sebagai ibu bapa dan juga guru Mandarin. Kami telah mengajar pelajar yang tiada pengetahuan bahasa Cina, namun berjaya di sekolah Cina kerana mereka bersedia.

Walau bagaimanapun, ini memerlukan komitmen. Pelajar-pelajar kami yang paling berjaya dan fasih datang untuk kelas fizikal 5 kali seminggu dan mereka menguasai bahasa dengan baik. Apabila mereka datang 5 kali seminggu, mereka akan belajar bahan yang sama 5 kali seminggu dan ini sekaligus membuat penguasaan bahasa mereka menjadi lebih kukuh dan ianya untuk jangka panjang.

Belajar bahasa ini sebenarnya merupakan satu latihan bagi otot ingatan kita, di mana tanpa pengulangan yang berterusan, anda tidak boleh fasih menguasai sesuatu bahasa. Bagi para ibu bapa, jangan membuat kesilapan dengan mengelirukan bahasa dengan Matematik. Mempelajari bahasa adalah seperti mempelajari alat muzik. Anda perlu mengamalkannya secara harian untuk kebiasaan, barulah anda boleh fasih. Ianya berbeza dengan Matematik, di mana sebaik sahaja anda memahami konsep, anda tidak perlu mengulanginya. 

Sebaik sahaja mereka memulakan Darjah 1, mereka sudah fasih dengan pengulangan harian di sekolah rendah Cina. Dengan ini, mereka boleh mengurangkan sesi pelajaran mereka atau menghentikannya dan masih boleh berjaya dalam bahasa Cina.