Ini adalah kaedah pembelajaran bahasa yang sangat menarik yang telah kami sesuaikan untuk digunakan dalam aktiviti Mandarin Pie untuk menjadikan kelas lebih menyeronokkan.
Bahasa adalah cara berkomunikasi dan kita tidak dapat menikmati kegembiraan membelajar jika kita tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa Mandarin.
Di Mandarin Pie, kami menggabungkan pelbagai jenis aktiviti dalam pelajaran terutamanya di dalam kraf seni dan eksperimen sains yang menarik minat kanak-kanak. Ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.
Semasa di kelas, otak kanak-kanak sentiasa ligat cuba memahami apa yang sedang dilakukan dengan memerhati guru dan lain-lain dan kemudian melakukannya sendiri. Ini adalah proses pembelajaran yang aktif di mana mereka memikirkan jawapan menggunakan petunjuk dari aktiviti-aktiviti dan kemudian mengaitkannya dengan perkataan Cina yang digunakan oleh guru.
Dengan kaedah ini, sesetengah pelajar akan memahami lebih banyak, ada pula yang kurang memahami, bergantung kepada tahap pemahaman Mandarin mereka. Mereka perlu selesa untuk tidak mengetahui perkara-perkara tertentu, tetapi semakin banyak pendedahan mereka terhadap bahasa Cina, semakin mudah mereka memahaminya. Pelajar dan ibu bapa hanya perlu bersabar dan terus tekun belajar. Aktiviti ini perlu cukup menarik untuk membuat pelajar bermotivasi untuk mengambil bahagian walaupun ia dalam bahasa asing.
Ramai kanak-kanak mempunyai keupayaan semula jadi untuk belajar secara aktif dengan cara ini. Inilah kaedah yang mereka gunakan untuk belajar sebelum mereka memahami sepenuhnya mana-mana bahasa. Bagi kita orang dewasa yang sudah memahami bahasa dengan mendalam, mungkin menghadapi kekecewaan apabila kita cuba belajar dengan cara ini. Ini kerana kita sudah biasa memahami bahasa itu dengan sepenuhnya dan ada juga yang mungkin agak teliti atau cerewet.
Oleh itu, apabila kita melihat anak-anak kita tidak memahami sesuatu sepenuhnya, atau membuat kesilapan, kita merasa kecewa. Padahal kita harus ingat bahawa kita pernah belajar dengan cara pembelajaran aktif ini yang jauh lebih berkesan berbanding dengan setiap benda diberitahu kepada kita. Ini serupa dengan diberi semua jawapan kepada soalan peperiksaan, bukannya kita memperoleh jawapan itu sendiri.
CLIL yang betul sepatutnya bukan sebagai kelas subjek tertentu atau kelas bahasa. Di Mandarin Pie, kami menggunakan CLIL untuk aktiviti dan bukannya subjek. Kami mula mengajar bahasa Mandarin kemudian menjalankan aktiviti amali dengan kanak-kanak dalam bahasa Mandarin. Ini memberi mereka peluang untuk menggunakan apa yang telah mereka pelajari untuk berkomunikasi di dalam aktiviti mereka.
Walaupun kelas-kelas kami terdiri dari campuran teknik pembelajaran yang berbeza, aktiviti kelab Mandarin Pie kami adalah semata-mata adaptasi daripada CLIL di mana kami tidak mengajar bahasa Mandarin, tetapi hanya mengajar aktiviti tertentu dalam bahasa Mandarin. Ini membantu mereka menjadi lebih fasih dalam perbualan serta memberi mereka motivasi untuk menikmati bahasa Cina. Semua pelajar Mandarin Pie kami mendapat akses percuma kepada aktiviti Kelab Mandarin Pie kami, kerana ini adalah cara yang bermanfaat untuk belajar. Jom, sertai kami!
B-2-5, Vantage,
Jalan Desiran Tanjung,
Tanjung Tokong, 10470 Penang
+6012 403 7703
3F-01, 163 Retail Park,
Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480, Kuala Lumpur.
+6011 1642 8813
20-01-01, Garden Ville,
Halaman Sungai Ara,
Kampung Darat,
11900 Bayan Lepas.
+6011 5550 7703
© 2024 Mandarin Pie Sdn Bhd (201601016663)